Sunday 4 September 2011

Lemang oh lemang..!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam lebaran.

Alhamdulilah, selesai sudah kita menunaikan rukun islam ke-3 kita sebagai umat islam iaitu dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Akhirnya hari yg dinantikan iaitu hari kemenangan kita setelah menentang hawa nafsu dan menahan lapar dahaga telah diraikan pada 1 syawal 1432 Hijriah.

Disini saya bukanlah ingin memberi ucapan hari raya cuma ingin berkongsi pengalaman yg telah dilalui sebelum menjelang hari raya yg lepas. Buat pertama kali saya meraikan syawal bersama keluarga mertua di perak dan telah menjadi tradisi keluarga mereka utk membuat dan membakar lemang menjelang hari raya.
Jadi secara tidak langsung, dapatlah saya merasai pengalaman pertama kali secara live membuat dan membakar lemang tersebut. Disini saya ingin berkongsi serba sedikit proses tersebut.

1st sekali kenalah sediakan bahan-bahannya dulu. Utk ramuan kita perlukan beras pulut, santan serta garam secukup rasa. Bagi acuannya kita sediakan buluh beserta daun pisang yg telah siap dipotong. (ipar aku yg carikan). hu2..



Proses dier, memula kita rendam beras pulut yg telah ditoskan dengan santan. Kemudian kita taburkan garam secukup rasa dan biarkan dahulu agar air rendaman meresap ke dalam beras pulut.

Sambil2 itu, sediakan juga buluh yg ingin digunakan dengan memasukkan daun pisang ke dalamnya. Nak masukkan nampak je senang tapi memerlukan org yg berpengalaman. So, org2 lama yg akan buat masukan daun pisang tu.



Bila semua dah ready, kita masukan beras pulut ke dalam buluh tadi. Sambil2 tu kena ketuk kt lantai biar beras betul2 masuk kt dasar buluh. Agak dah nak penuh, kita curahkan air santan sampai ke level beras tadi. Nah, dah ready pun utk di bakar. Apa lagi, pass kt org yg nak bakar le pulak..he2.



Erm, rasenya proses bakar lemang adalah dalam 2-3 jam. Kena jaga api dan kena hentak sikit2 lemang tu biar sekata masa bakar.  Last sekali, kita halakan bara yg tingal ke kaki lemang tersebut. Ini bagi pastikan bahagian bawah lemang betul2 masak.



Ok, itu rasanya proses yg perlu kita lalui utk membuat lemang. Agak penat tapi berbaloi beb. Especially bila dapat merasa lemang yg dah siap tu n bole mkn time panas2. Huh,ngancam..



Ok lah..itu sahaja yg ingin dikongsi buat masa ini. Rasanya byk gak versi buat lemang nie, depends on org yg buat tu. Tapi basicnya tak lari sgt laa..mgkn berbeza dari cara penyediaan je.

P/s: Bole ler kongsi2 kalo korang tau cara nak buat makanan tradisi Melayu yg lain. Bak kata org, kita laa yg kena jaga warisan biar tak lapuk dek ujan..tak lekang dek panas.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. 



No comments:

Post a Comment