Tuesday 16 August 2011

Trip Honeymoon To Langkawi - 8-12 Julai 2011

Assalamualaikum w.b.t

Hye, apa kaba sume..=) Bertemu lagi kita di sini.

Hanya sekadar ingin mencoretkan kisah dan pengalaman saya dan orang umah, apabila kami berpeluang ke Langkawi baru-baru ini Utk makluman, inilah kali pertama kami berdua menjejakkan kaki ke pulau yang terkenal dengan gelaran Pulau Mahsuri ini. (Sebelum nie dgr cite kenkawan dan adik beradik yg dah pegi aje..he2) Jadi peluang yg dtg ini, kami gunakan dgn sebaiknya agar dapat pergi ke tempat yg menarik dan ingin dilawati.

So, ape kata kite layan aje..mgkn kenkawan dah pernah pegi so kite mengimbau semula kenangan bersama2..=)

Antara tempat dan aktivit menarik yg kami buat semasa di sana adalah:

(1) Cable Car Langkawi - cable bridge

Aktiviti pertama kami di sana adalah melawat ke Langkawi Cable Car. Bukan apa, dgr di sana pemandangan sgt cantik so kami pon terus menuju ke sana. Perjalana adalah dlm 1/2 jam dari hotel penginapan kami di Pantai Chenang, Nadias Inn Hotel.


Subhanallah, memang sangat cantik pemandangan dari jambatan gantung yg dibina antara puncak gunung Mat Cincang setinggi 708 meter. Kami juga bertuah kerana cuaca ptg itu mengizinkan kami utk melihat pemandangan dan jelas tanpa kabus yg tebal.


(2) Langkawi Island Hoping Tour

Ini juga antara aktiviti yg mesti join jika tuan-tuan baru sampai ke Langkawi.  Disini kami di bawa menaiki bot (kapasiti dlm 4 orang) dan di bawa ke pulau-pulau sekitar Langkawi.


So, pulau pertama yg di bawa adalah Pulau Beras Basah. Erm, bersih dan cantik laut dan pantai kt cnie. Ramai juga yg amik kesempatan utk rest dan mandi -manda di sekitar pantai. Kami xsempat mandi pun, diberi masa 40 minit sahaja so pusing2 dan amik gamba je ler..he2.

After that, kami menuju ke Pulau Singa Besar. Disini kami tidak turun cuma ada satu perkara yg best iaitu Eagle Feeding. Kita berpeluang memberi burung helang makan secara live dan melihat byk burung helang disekeliling kita menyambar makanan yg ditabur atas air.

Akhir sekali kami di bawa ke Pulau Dayang Bunting. Disini kami diberi lebih kurang sejam utk melawat sekitar pulau terutama ke Tasik Dayang Bunting.


Ok lah..rasanya sampai sini dulu buat masa ini. Jika ada kelapangan kita akan bertemu lagi.
All da best to all..wassalam.

Salam ramamdhan dan selamat berbuka..=)




No comments:

Post a Comment