Tuesday 16 August 2011

Unifi Launching - TM Melaka 28hb Julai 2010

Akhirnya tanggal 28hb Julai 2011, Unifi telah dirasmikan di Melaka. Maka dengan ini, penduduk Melaka sudah boleh subsribe bagi jalur lebar kelajuan tinggi namun buat permulaan kawasan yg cover adalah area Malim. Kawasan lain akan diikuti peringkat demi peringkat, diikuti dengan Tangga Batu dan Ayer Keroh selepas ini.

Perasmian telah dilakukan olek Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam sambil diiringi Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie, Ketua Pegawai Kewangan TM, Datuk Bazlan Osman serta Pengurus Besar TM Melaka, En Rozlan Mohamad. Syabas kepada semua pihak pengurusan TM yang telah merealisasikan impian warga Melaka utk menjadikan jalur lebar kelajuan tinggi sebagai budaya baru dan moden selari dengan pengumuman Melaka Maju 2010.

Bagi kami warga TM Melaka, sedikit sebanyak turut memberikan sumbangan samaada dari segi tenaga, support dan idea bagi menjayakan Unifi Melaka 2011. Antara sumbangan kami juga adalah memberikan sedikit masa dan suara bagi menjayakan kumpulan koir TM Melaka pada majlis pelancaran tersebut..he2.

Walaupun ada sedikit kekangan dari segi masa dan komitmen kerana terikat dengan jadual kerja hakiki masing2, alhamdulilah semua dapat berjalan dengan lancar. Thanks all 4 ur support.

Akhir kata, majulah TM demi masa depan telekomunikasi di Malaysia.

"We are 1 TM,
Passion to win
Support each other
Challenge..!!"






No comments:

Post a Comment