Thursday 18 August 2011

Iftar Ramadhan TM Melaka - 18 Ogos 2011

TM Melaka telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bagi meraikan anak2 yatim, pelanggan2 TM dan utk staff TM Melaka. Satu majlis yg penuh dengan kemeriahan dan barakah sempena bulan Ramadhan yg mulia ini.

Majlis bermula seawal 6.30 petang dengan ucapan aluan daripada GM State Melaka, En Rozlan Mohamad dan diikuti penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim yg dijemput, sebagai agenda utama majlis. Tidak dilupakan penyampaian duit zakat kepada staff TM yg terpilih iaitu yg mempunyai anak-anak melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi  (fisabilillah).


Akhirnya azan maghrib yg ditunggu pun berkumandang menandakan sudah boleh berbuka puasa..=) Antara menu yg disajikan adalah nasi minyak beserta kari kambing (terbaek), ayam masak merah dan juga aca campur. Nampak gayanya tidak menang tangan adik2 catering yg melayan kerana sentiasa ada permintaan utk nasi dan lauk tambah..he2.




Selesai menikmati juadah, kami bergerak ke surau TM di tingkat 2 utk menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah. Walaupun sedikit lewat namun dapat juga menunaikan solat berjemaah.

Kemudian majlis diteruskan kembali dengan menikmati juadah yg masih terhidang bagi para tamu. Acara seterusnya adalah menunaikan solat fardhu isya' dan bertarawikh bersama-sama dengan pihak pengurusan TM Melaka.

Alhamdulilah, walaupun secara sederhana kami amat bersyukur diatas jemputan tersebut. Ribuan terima kasih juga kepada pihak pengurusan TM Melaka yg saban tahun mengadakan majlis tersebut bagi meraikan staff2 di TM Melaka.




Sekian sahaja coretan buat masa ini. Semoga ramadhan tahun ini membawa seribu barakah bagi kita semua dan semoga TM Melaka terus maju jaya.

Wassalam..



No comments:

Post a Comment